About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Wednesday, June 22, 2011

Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan kali ke 4






Assalamualaikum :)

Semalam saya , Raudhah , Farzdilah dan Khairil baru pulang dari USIM kerana menyertai PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB ANTARA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 4.

Alhamdullilah , suka cita dimaklumkan kami berjaya mengharumkan nama sekolah sebagai salah sebuah sekolah yang berjaya berada dalam 16 pasukan terbaik. SMKSP juga merupakan SMK terbaik kerana hanya dua buah sekolah berstatus SMK berada dalam ranking 16 buah sekolah terbaik.

Pertandingan berlangsung pada 17 JUN- 21 JUN 2011 dan di sertai oleh 49 buah sekolah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Pusingan pertama 

SMK Sg Pusu vs SMKA Slim River
Pencadang : SMK Sg Pusu
Pembangkang : SMKA Slim River
Keputusan hakim : 2-1
Pendebat terbaik : Khairil Ikhwan ( SMKSP )
Pemenang jaulah : SMK Sg Pusu

Pusingan Kedua

SMKSP vs SMAKL
Pencadang : SMAKL
Pembangkang : SMKSP
Keputusan hakim : 2-1
Pendebat terbaik : Raudhah Nurdin ( SMKSP )
Pemenang jaulah : SMAKL

Pusingan Ketiga

SMKSP vs SM Bandar Tasik Selatan
Pencadang : SM Bandar Tasik Selatan
Pembangkang : SMKSP
Keputusan hakim : 3-0
Pendebat terbaik : Khairil Ikhwan
Pemenang : SMKSP

Pusingan Keempat

SMKSP vs Madrasah AL - Attas AL-Arabiah , Johor
Pencadang : SMKSP
Pembangkang : Madrasah Al Attas Al Arabiah
Keputusan hakim : 2-1
Pendebat terbaik : Khairil Ikhwan
Pemenang jaulah: SMKSP

Pusingan Kelima

SMKSP vs Maahad Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pencadang : Maahad Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pembangkang : SMKSP
Keputusan hakim : 2-1
Pendebat terbaik : Khairil Ikhwan
Pemenang jaulah : SMKSP

Pusingan Keenam 

SMKSP vs SAMT Tengku Ampuan Jemaah ( SAMTTAJ )
Pencadang : SAMTTAJ
Pembangkang : SMKSP
Keputusan hakim : 3-0
Pendebat terbaik : Nazri ( SAMTTAJ )
Pemenang jaulah : SAMTTAJ 

Perjuangan kami belum tamat , selepas berjaya memberi kemenangan kepada SAMTTAJ . Mereka mmg hebat. Terlalu hebat. Mungkin sebab tu , SAMTTAJ masuk final tahun lepas. Oke , pada hari Isnin , kami bersyukur apabila SMKSP berjaya berada dalam rangking 16 buah pasukan terbaik. Alhamdullilah.

Pusingan 16 pasukan terbaik
SMKSP vs SAMTTAJ
Pencadang : SAMTTAJ
Pembangkang : SMKSP
Keputusan hakim : 3-0
Pendebat terbaik : Nazri ( SAMTTAJ )
Pemenang jaulah : SAMTTAJ

Pape pun , alhamdullilah . SMKSP masih dikira hebat bila dapat mengalahkan Madrasah Al ATTAS iaitu sebuah sekolah arab. Muka mereka muka - muka ustaz.. menakutkan kott.. haha.. Moga SMKSP dapat menghantar wakil pada pertandingan debat bahasa arab peringkat kebangsaan kali ke 5 tahun depan. Insya Allah. Untuk jadi hebat, bukanlah menggunakan persediaan kurang daripada seminggu macam kami , tapi jadilah seperti SAMTTAJ , KISAS, SMKA AL - IRSYAD, NAIM LIL-BANAT dan lain lain. Agaknya setahun practice , baru layak masuk final.. 

Pemenang pada tahun 2011 : SMKA AL - Irsyad 

Terima kasih banyakbanyak kepada Ustazah Haryati Adni, Ustazah Azlinda, Ustaz Rosli, Kak Suraya, Abg Mubin yang berusaha memberi tunjuk ajar kepada kami, tolong translate hujah hujah kami. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. Insya Allah, Khairil tetap menjadi pendebat SMKSP dan Insya Allah Ratna , Raudhah dan Farzdilah menjadi wakil universiti masing-masing dalam debat Arab peringkat yang lebih tinggi . Biiznillah , Insya Allah.

Syukran , Assalamualaikum :)

ratna iman amirah bt mohamad -

No comments: