About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Tuesday, December 6, 2011

Berdoalah selagi mampu :)



Assalamualaikum :) 

Haii haii :)

Entry kali ini , satu tajuk yang sangat cliche kan ?

Tapi it's okayy , memang fitrah manusia itu pelupa, perlu sentiasa di ingatkan.. right peeps ?

Anda tahu siapa golongan yang doanya paling makbul ?

 ·  Orang yang berada dalam kesusahan

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

·  Anak soleh yang taat kepada ibu bapa
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)
·  Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)
·  Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu...” (Riwayat Tirmidzi)
·  Orang dizalimi
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)
·  Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu

Apa yang saya nak tekankan disini ialah doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya.

sedangkan sikecil pun berdoa, kita macam mana ?


Pernah ada satu entry yang saya buat sila tekan sini yang mengatakan tentang doakan untuk orang lain kan?

Seseorang itu berjaya kadangkala bukan sebab doanya sendiri, tapi sebab doa orang-orang lain yang menyayanginya.

For example lah kan , kenapa sebelum pergi jawab periksa, interview etc etc , kita mesti cakap kat mak kita, 
mak tolong doakan ,
ibu doakan ye , 
mama pray for me, 
mummy jangan lupa doakan, 
ummi doakan untuk saya ye.

Kenapa ?

Sebab , doa ibu kan senang dimakbulkan Allah .. 
Kadangkala, kita buat je tanpa tahu sebab musabab kan ?


Lagi satu , contohnya


Makhluk A : Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku agar aku berjaya dunia dan akhirat ya Allah.
Makhluk B : Ya Allah, kau kabulkan permintaan si A dan kau penuhilah permintaannya ya Allah. Kau berikanlah kejayaan kepadaku jua ya Allah. 


10 tahun kemudian..


Si A berjaya jadi jutawan dan dermawan yang terkenal sedangkan si B masih lagi seorang pekerja bawahan.


Disini, agaknya kita boleh nampak kan ?


Si A hanya doakan untuk dirinya sendiri tapi si B doakan untuk si A sekali. Si A berjaya agaknya sebab apa ?


Antara sebab-sebabnya mungkin 


- sentiasa berdoa kepada Allah
- usaha yang gigih 
- tawakal kepada Allah
- berkat doa si B


p/s : Oleh itu, jangan lupakan doakan kejayaan kita bersama . Moga doa kita lebih makbul. InsyaAllah :)


No comments: