About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Wednesday, December 21, 2011

Kenapa Kita Tak Mahu Solat ?!

Assalamualaikum :) 

Pernah tak anda terfikir kenapa kita malas sangat nak solat ? Mesti pernahkan ? Mesti kita persoalkan balik, aduh kenapa malas sangat ni. syaitan apa yang dah rasuk aku ni ? 

Tapi, sebab terfikir yang kita ni cuma hamba yang dicipta oleh Allah untuk menyembah dan mentaati-Nya, kita laksanakan jugak solat tu. Kalau tak khusyuk, cuba khusyuk jugak. Ikhlaskan jugak solat kita , kerana ikhlas merupakan syarat penerimaan ibadah yang kita laksanakan.

Untuk apa kita lakukan ibadah semata-mata nak tunjuk , aku ni alim.. korang semua konfem tak boleh lawan aku punya. Haa, itu bukan ikhlas namanya. Tu ada ayam disebalik spageti. Ibadah tak diterima, dapat dosa sebab riak, masa terbuang, menggembirakan syaitan dan boleh tergolong dalam syirik khafi tau tak ?!

Kalau kita malas sangat nak solat, cuba ambil wudhu' dulu.. Tentang segala hasutan syaitan durjana. Lepas tu fikir sejenak .

Aku solat untuk timbangan amalan aku sendiri ketika hari akhirat
Aku solat untuk dekatkan diri aku dengan Allah
Aku solat untuk jauhkan diri aku daripada sebarang maksiat
Aku solat untuk berhubung dengan Allah
Aku solat sebagai tanda aku seorang hamba-Nya yang taat

Lagipun,

Solat bukannya makan masa dua jam. 
Solat yang Allah suruh umat Islam laksanakan tak menyuruh manusia baca surah-surah panjang. 
Solat cuma lima minit setiap waktu. Total up semuanya 25 minit je kan ? Dalam sehari ada 24 jam. Jadi , Allah cuma suruh kita peruntukkan waktu hanya seminit setiap jam untuk mengingatinya. Susah ke? Seminit je. Kalau kita tengok tv, boleh pulak sampai 3 jam , kan ?
Solat yang disyariatkan tak susah nak laksanakan pun. Kalau tak boleh berdiri, duduk, tak boleh duduk baring, tak larat juga dengan isyarat mata, tak boleh lagi cukup dalam hati membayangkan pergerakan solat dan membaca dalam hati.

Setiap yang Allah suruh dan larang pasti ada kebaikan dan keburukan . Sains sendiri membuktikan pergerakan dalam solat membawa kebaikan kepada manusia.

Solat tahajud juga boleh merawat barah.

Jadi, usahalah basmi sifat malas . Jangan jadikan syaitan sebagai ikutan ! 

Kalau anda rajin, usahakan lah solat dhuha . Semuanya bermula dengan keinginan dan diikuti dengan istiqamah. Kalau dah terbiasa, tak akan menjadi satu masalah untuk tunaikan . Yang penting , make the first step ! Solat dhuha ni sunat muakkad dan tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Banyak fadhilat solat sunat dhuha . Kalau difahamkan dengan doanya, adalah untuk mempermudahkan rezeki kita.



p/s : Maaf jika ada sebarang kekhilafan dalam penulisan ini. Tegurlah jika salah. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^^,