About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Thursday, January 5, 2012

Aku seorang remaja !

Assalamualaikum :) 

Hai . Nama aku ratna . Bukan cuma ratna . Tapi ratna iman amirah . Aku berbangsa melayu . Ya . Aku kategorikan sebagai melayu kerana ibu dan ayahku orang melayu . Tapi nenek ku jawa . Berkahwin dengan atuk aku yang mempunyai keturunan melayu-cina . Keturunan apakah ayahku ? Ya . Melayu juga kata orang . Aku juga setuju kerana ayahku tidak lah seputih salju, tetapi matanya sepet seperti atukku . Ibu ku , tidak berapa dikenali asal usulnya . Bukan kerana anak yatim . Tapi mungkin kerana aku yang tidak bertanya . Setiap kali ditanya, kadang kala kakakku kata , keturunan tengku embong . entah siapa, aku tak pasti . Yang aku pasti nama atukku Hassan . Dia seorang polis . Aku tak pernah berjumpa dengannya . Kerana Allah lebih menyayanginya . Dia pergi ketika ibuku berusia 9 tahun . Aku membayangkan atukku sebagai seorang lelaki yang tegap, tinggi, dan berkulit putih . Dan ya . Tegap dan tinggi itu benar kerana aku pernah melihat gambarnya. Sesuai sebagai seorang polis . Tapi perihal kulit nya aku tidak pasti , kerana zaman dulu, gambarnya hitam putih . Nenek sebelah ibuku , dipanggil Wan . Ketika aku berusia setahun, dia juga pergi meninggalkan dunia fana . Kesian kan aku ? Sentiasa mencari kasih seorang atuk dan nenek :') Tapi, sebelah ayahku, nenek dan atuk masih ada . Cuma, aku seorang remaja ! Aku dapat rasa kasih sayang atuk, kadang kala, aku usulkan pada atukku . ' Bila tokki nak kawin lain ? Kitorang nak nenek baru. '  makcikku kata, aku ini teruk bila kata seperti itu . Tapi , aku seorang remaja ! Aku luahkan apa yang terbuku dihati :)

Hahaha . Bukan ini yang aku nak ceritakan . Tapi, soal ini .

Kita bermula semula ya .

Hai . Nama aku ratna . Bukan cuma ratna . Tapi ratna iman amirah . Aku bukan lah seorang yang sempurna kerana yang sempurna cuma Allah . Aku boleh kata, aku seorang yang pemalu . Tapi, kadang kala aku boleh menjadi seorang yang sangat tidak punya rasa malu . YA . mungkin satu masa dahulu aku pernah diperli oleh orang yang tidak mengenaliku ketika aku mengatakan aku seorang pemalu . Tapi, itu hak mereka . Aku malu bila diperli, malu bila berhadapan dengan perempuan yang lebih baik daripada aku . Mungkin korang boleh katakan self-esteem aku rendah . ya . aku tak nafikan . kadang kala, itu yang aku rasa . Tapi, kadang kala. self-esteem aku sangat tinggi sehingga aku boleh mematahkan hujah-hujah orang, memerli kembali orang yang telah memerli aku . Tapi, kadang kala, hanya dengan tersenyum dan melakukan kebaikan, orang akan tahu, betapa tingginya keyakinan diri dan keperibadian sesorang itu . Aku akan usahakan itu .

Dua tahun lepas, ratna yang menulis ini, sangat berbeza . Tidak dikenali . Tidak menonjolkan diri dan hanya bersedia untuk berada dibelakang orang yang hebat . Tapi, itu dulu . Sekarang tidak lagi . Sekarang ratna yang sedang menulis, seorang yang suka bercakap dan sentiasa berusaha untuk berada dihadapan . Maka, tidak perlulah ratna yang sedang menulis ini, meninggikan diri jika berada dibelakang kerana dia sedang berusaha maju ke hadapan .

Aku tukarkan ratna yang sedang menulis kepada penulis.

Disaat ini, kepala penulis sedang sakit . Mungkin kerana tidak berapa nak sihat. hihi . atau kerana memikirkan hala tuju hidupnya . ya . kerana Aku seorang remaja ! Seorang remaja yang masih mencari identiti diri. Bukan identiti diri sama ada mahu bertudung seperti wardina , atau yuna atau prof dr. muhaya atau tidak bertudung seperti siti saleha dan lisa surihani . Tetapi, identiti diri sama ada ingin menjadi seorang ahli farmasi atau doktor perubatan atau doktor gigi atau physiotherapist atau guru matematik tambahan :)

Kerjaya sebagai doktor perubatan 



Kenapa kerjaya ini menjadi pilihan ? Jika ditanya pada murid-murid, tidak kira sekolah rendah atau menengah, pilihan mereka doktor ! Bukan hairstyler atau bukan fashion designer . Tapi kenapa ? Mungkin kerana kita dimomokkan sejak kecil, gaji doktor ni besar , boleh tolong ahli keluarga, boleh tolong orang . Tapi . bukan itu hakikat sebenar. Jika anda ingin menjadi seorang doktor kerana gaji, lupakan lah . pengorbanan yang anda lakukan tidak dapat ditanding dengan gaji . Jika title doktor yang anda cari, lupakan lah . Doktor bukan satu gelaran untuk menjadi glamor , tapi merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab yang sangat besar . Sebenarnya, ahli keluarga doktor lah yang paling banyak berkorban . Mereka bersabar walaupun susah untuk menghabiskan masa bersama-sama kerana doktor perlu menghabiskan masa nya dengan pesakit . Perit sungguh pengorbanan dan cabaran menjadi seorang doktor .

Kata-kata tersebut, aku petik dari blog siapa aku tak ingat, tapi aku olah dengan ayat aku sendiri . Setelah aku baca, aku tersedar, Aku teringin menjadi doktor kerana gaji yang ditawarkan . dan juga kerana gelaran doktor . Macam gah kan bila dipanggil atau disebut . Dr Ratna ! Dr Ratna ! Emergency ! Patient wad 5 katil 13. Atau pun pager aku berbunyi menandakan kecemasan . Jika aku seorang penulis novel, pasti aku buat watak seorang doktor yang bernama Ratna Iman Amirah atau RIA Mohamad. Tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi kan ?  Disaat ini , keinginan untuk menjadi doktor masih ada, tapi, aku seperti tidak sanggup ke autopsy untuk melihat tubuh seorang manusia disiat dan organ dalamannya dikeluarkan . Subhanallah .

Kalau tak percaya sila klik link ini :)

Jadi, bila melihat ini, keyakinan aku menjadi doktor semakin kurang . lemahnya semangat aku. Ya, kerana Aku seorang remaja ! Tapi, aku tidak takut ketika melihat video tersebut, cuma aku takut aku tidak mampu melihatnya secara real dan live atau melakukannya sendiri !

Mungkin aku akan menjadi seorang ahli farmasi. Biarlah tidak kaya . Seseorang genius dan yang pandai tidak semestinya kaya sekiranya dia tidak memiliki money-making skills . Jadi , aku ingin menjadi kedua-duanya. Pandai dan tahu mencari duit .




Tapi, pernah juga aku berfikir, aku seorang perempuan . Untuk mengejar jannah, tidak susah bagiku . kerana aku bukan lelaki yang mempunyai tanggungjawab besar . Jika aku mentaati suami, menjaga dan menutup aurat, solat dan berpuasa , mudah untukku mendapat tiket ke syurga . Jadi, terlintas difikiran aku, apa salahnya aku menjadi suri rumah . hahaha . tapi mungkin tidak . yang aku terfikir, biarlah seorang wanita mempunyai pekerjaan yang biasa, sekadar untuk membantu suami . adakah korang berfikiran yang aku ni kolot , kampung atau old school bila berfikir seperti ini ? biar lah . aku dah kata, ini cuma fikiran aku yang terlintas secara tiba-tiba .

Tapi, hati aku masih lagi ingin menjadi seorang doktor atau mendapat title doktor . Jadi, mungkin aku akan melanjutkan pelajaran sehingga Ph.D . Jadi doktor jugak kan ? walaupun bukan doktor perubatan :)

Okay , jadi doakan aku mendapat petunjuk dari Allah supaya mudah aku membuat keputusan :)


p/s : kalau kau lelaki, dan kau tengok video tu, tangan jangan nak gatal tekan benda alah lain , dosa tanggung sendiri . kat akhirat jangan nak cakap sebab aku yang bagi link ^^,


akhir kata . Hai ! Aku seorang remaja ! dan aku gadis berusia 18 Tahun pada 15 sept 2012 :)

3 comments:

MONSTERRR said...

good ratna :) aku pun takut mayaaaaaaaaaaaat sebenarnya. so dengan rasminye takkan jadi doctor , maybe more to physics kot. entahlah. only Allah knows --' Waa

^_^ said...

Istikharah ye :) tapi akk stuju yg last tu. kalau bole biarla perempuan buat kerja yg ringan2 je sekadar membantu suami supaye ade mase untuk keluarga nanti, cikgu or lecturer just nice. cadangan je, ikut la mane yg minat n mampu. papepun all the best and jgn salah buat pilihan ^_^

Syifa Zul said...

Rat aku nk komen yg atas, da berbulan2 aku ta dga suara kau, suara kau yg perli2 tu, aku da terlupa da. . .
:(