About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Friday, January 27, 2012

Ini Soal Mentaliti - Bahagian II

Assalamualaikum :) 

Mengada tak aku buat bahagian II bagai ? Mengada ah sikit . Tapi , eden maleh nak pikir tajuk lain ni haa . 

Okey , masih mengenai mentaliti manusia . Bukan apa, untuk jadi extraordinary , kita kena fikir out of the box . Kalau macam katak , kira kena keluar dari tempurung la . Kalau masih nak duduk dalam tempurung , pastikan tempurung tu transparent dan ada internet connection . So , takde lah katak tu tak tahu perkara semasa . Kita upgrade tempurung kita sama-sama ye katak-katak sekalian ^^, 

Tapi , masalahnya , kita bukan katak . Kita manusia ! Jadi upgrade je la tempurung kepala kita . Bia sel-sel otak boleh berkembang dengan lebih maju . Kan ? 



Tadi , when i was performing my solat , maghrib to be exact , few seconds after tahyat akhir , all those makcik-makcik and nenek-nenek suddenly bangun dengan gelabah and they start making havoc . I was just like.. erghh , takan la tak hormat orang nak baca wirid dulu , zikir, doa and so on . Kalau nak borak pun , agak-agak ah . 

Okey . Itu yang terlintas dekat fikiran aku sejurus selepas mereka bangun dan bising . Satu saf perempuan kot macam gelabah je . Then , one of the makcik yang bising tadi , told us yang masih terpinga-pinga macam pingu yang tabung masjid kena curi ! Betul-betul depan saf perempuan . How polite that guy ! Mencuri tabung masjid untuk khairat kematian ke apa tah masa orang tengah sujud . Ada orang kejar dia . Heh . Macam lah dapat balik tabung tu . Yang kejarnya perempuan . Sorang pulak tu . Lain lah kalau ramai-ramai kejar . Konpem kena tendang masuk longkang . Oh yeah . 

Eh , cukup . Nanti panjang pulak post ni . Orang jadi malas nak baca kan .

Ni , baru nak cakap tentang mentaliti . Biasanya, dekat orang yang jahat, crowds will say . " Biar mati kena langgar dengan lori balak ! Padan muka " or " Aku doakan dia putus tangan sebab mencuri , merompak "

So, as a muslim . Kita kena ubah mentaliti kita . Mungkin kita boleh tukarkan sumpahan-sumpahan tersebut dengan doa " Aku harap dia insaf dan bertaubat . Satu hari nanti , jika Allah izinkan mungkin dia akan sedar dan menyesal . Mungkin dia akan jadi kaya dan jadi seorang dermawan dengan menginfakkan hartanya untuk agama Islam kesan daripada perbuatan dia dulu " . Ni semua perancangan Allah , kita tak tahu. 

Kalau kena tangkap , tu lain cerita la . Sebab dia boleh dikenakan hukuman . Yang ni , mungkin sebab dia terlepas . Bila dia terlepas , mungkin dengan berkat doa kita, esok dia tertangkap dan masuk penjara dan insaf dan keluar penjara dan bina hidup baru dan jadi seorang muslim yang bertaqwa .


Okey , kisah selanjutnya ... ting.. ting.. ting..

Kita kena fikir yang 

Tak semua orang tahu , apa yang kita tahu . 

Tak semua orang faham, apa yang kita faham .

Tak semua orang suka , apa yang kita suka .

Tak semua orang minat, apa yang kita minat.


Mungkin kita tahu SNSD , ft island , t-ara , kara , 2am , 2pm * sebenarnya yang ni jelah aku tau . well , i'm not one of those k-pop fans and all their dancing movements . no offense - i used american English eventhough kita pernah dijajah British bukan Americans - Tapi , mungkin orang lain taktahu .

Pernah sekali , masa sekolah . Ada ustaz jemputan yang datang untuk bagi ceramah mention tentang lagu najwa latif - cinta muka buku . A friend of mine asked me , " Lagu apa tu ?" . Erkk . Muka aku kelat sikit . Payah nak jawab soalan dia ni . Takan aku nak nyanyi depan dia pulak kan . Aku cakap . " Alah , ada lagu kat radio sekarang . Orang duk pasang lagu tu je " . Actually , payah nak jawab sebab dia ni seorang muslimah yang sangat jaga batasan , pemalu , mungkin dengar ikim.fm je . Maklumlah radio lain semua lagha . Hitz ke Fly ke Honey Madu ke , takesa la . 

Jadi nampak tak ? Even lagu melayu pun ada certain yang tak tahu , apatah lagi korea ni . Tapi, setahu aku, 'A Friend of Mine' ni tahu SNSD . hahaha . Jadi , dia macam aku kot . Katak yang mempunyai tempurung transparent with wireless connection . kihkih . tapi , aku tak pulak sampai dengar ikim je .


Contoh-contoh lain ,

Mungkin kita faham maksud cekik tu sebagai cubit , tapi orang lain faham cekik tu cekik kat leher . atau bahasa omputih strangle .

Mungkin kita suka baca novel cinta melur jelita , tapi orang suka novel thriller ramli awang mursyid .

Mungkin kita minat 
mamat A sebab dia hensem kacak matured dan berketak seperti sazali samad ,

tapi orang suka 
mamat B yang kaya raya pandai dan boleh bagi dia Ferrari berwarna merah sebijik 

atau 
mamat C yang suka mengarang sajak and berhati penuh dengan bunga-bungaan yang kembang setaman serta berjiwa sastera seperti A.Samad Said . 

Jadi , kalau entri yang lepas tentang ubah mentaliti untuk berjaya dalam hidup , jadi sekarang , ubah mentaliti untuk jadi khalifah yang lebih baik di muka bumi Allah  !

p/s : sorry for the rojak-language . I love Bahasa Melayu okeh . Lingua franca kan . Tapi Bahasa Arab lebih indah . Tapi , saya masih bersyukur dilahirkan sebagai Muslimah berbangsa Melayu :)

No comments: