About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Friday, January 13, 2012

Ini Soal Mentaliti

Assalamualaikum :) 


Hai . Aku ingatkan , ini bukan soal politik, tapi ini soal mentaliti ! Mentaliti siapa ? Bukan mentaliti aku . Tapi mentaliti kau ! Bukan cuma kau , tapi mentaliti mereka . Bukan hanya mereka tapi mentaliti KITA !

Aku rakyat Malaysia . Aku yakin kau yang sedang membaca juga rakyat Malaysia . Tapi, taktau ah kalau kau Bangladesh atau Nepal yang faham melayu kan .

Aku rakyat Malaysia yang menggunakan -lah , pada setiap ayat yang aku gunakan . Kau nak nafikan yang kau tak guna -lah ? Kau jangan nak tipu oke .

Contohnya :

Mamat 1 : Minah ! Kau nak pergi mana tu ?
Minah 1  : Aku nak pergi kedailah.


Mamat 2 : Kau ni kenapa muka pucat macam baru lepas nampak hantu ?
Mamat 1 : Aku penatlah derr .


atau , bahasa inggeris yang di'lah'kan .


Amoi 1 : Lets go-lah.
Amoi 2 : Don't waste my time-lah .




Aku pun pelik kenapa aku masukkan soal LAH , sedangkan aku nak bercakap soal mentaliti . Haiyaa .

Okay , tau apa itu mentaliti ? Kejapp, kejapp.. bukak rujukan persuratan melayu japp..

Ikut kamus dewan edisi keempat , mentaliti ni ialah keadaan atau kebolehan akal atau cara berfikir..

Boleh rujuk SINI

Macam mana ye cara rakyat Malaysia ni berfikir ? Oke, aku kecilkan sikit skop, bukan rakyat 1 Malaysia la.. Cuma awak tu yang tengah baca , macam mana awak rasa awak berfikir ?

Adakah awak masih berfikir yang kolej swasta ni untuk orang kurang cerdik ?!

Adakah awak berfikir asal dapat kerja pun, jadilah...

Adakah awak berfikir yang budak-budak cerdik di sekolah akan kekal cerdik di IPTA/IPTS ?

Adakah awak berfikir yang gagal akan sentiasa gagal ?

Adalah awak rasa menjadi pelajar cemerlang di IPT bermakna awak dah cukup ilmu untuk hadapi dunia sebenar?

Kenapa masyarakat kita kebanyakkan mereka tidak kaya dan mundur ? Kenapa ? Kerana ini soal mentaliti ! Tolak ke tepi masalah kewangan atau segalanya . Pertama sekali , ubah mentaliti !


Cuba tengok bagaimana Irfan Khairi boleh berjaya .




Cuba tengok F.W Woolworth yang dulunya ketika berumur 21 tahun yang bekerja dikedai runcit dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual". Tapi, sekarang Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom ! 


Cuba fikir bahawa mereka yang berada di kolej swasta adalah kerana tiada rezeki dan satu cabaran bagi mereka, bukan kerana mentaliti mereka rendah .

Cuba berfikir adakah awak ingin bekerja sebagai seorang kerani yang bergaji rendah selama 8 jam setiap hari atau menjadi pengarah syarikat yang juga bekerja selama 8 jam setiap hari tapi gajinya 5 atau 10 kali ganda gaji awak ?

Cara belajar di sekolah dan di IPT sangat berbeza.. Di sekolah pandai dan cepat faham, tapi tak semestinya di IPT juga macam tu. Mungkin di sekolah, bila orang tanya kita, semua benda kita boleh jawab. In a blink of an eye. Tapi, siapa tahu di IPT kita pulak yang bakal tanya orang yang hanya dapat cukup-cukup makan masa SPM ?

Ingat , Irfan Khairi kata , dulu dia pernah gagal dalam perniagaan internet dia. Selama setahun, dia berusaha, dia tetap gagal . Selepas tu, dia sedar , di universiti dia hanya belajar teori.. dan bukannya praktikal seperti yang diperlukan .


Yang gagal boleh berjaya dan yang berjaya boleh terus berjaya dengan ubah mentaliti ! Jangan cepat putus asa .

Happiness is everywhere dan rezeki Allah ada di segenap empat penjuru dunia. 

Jadi, yang penting , untuk berjaya , usaha pertama yang perlu kita lakukan ialah UBAH MENTALITI ! 




No comments: