About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Saturday, February 11, 2012

Please... Don't !

Assalamualaikum :) 



Sekarang ialah fenomena drama Melayu diadaptasi daripada novel..

I am strongly disagree.. 

Dalam novel kadang-kala, okay bukan kadang-kala tapi sebenarnya banyak kala. Ada banyak yang digarapkan oleh penulis tentang kehidupan suami isteri. *I malu nak tulis sebenarnya, tapi I terpaksa tulis jugak :)*

Tapi, cuba tengok siapa pelakon-pelakonnya ? Suami orang kan ? Atau pun isteri orang kan ? Ishh . Malu laa berlakon dengan suami orang lain sedangkan suami kita sendiri tengok dekat rumah . Kalau aku jadi isteri diorang, aku tak akan bagi suami aku berlakon dengan orang lain. Nak sangat berlakon, meh berlakon dengan aku :)

Masa tengok pun, aku sendiri yang malu. Walaupun bukan aku yang berlakon. Cepat-cepat aku tukar cerita lain. Tak kisah laa Ombak Rindu ke, Bicara hati ke, Kau laksana Bulan ataupun Gemersik Kalbu. 

Tengok Ombak Rindu sangat mengecewakan. Sangat okeh ! Or sebenarnya masa tengah tengok, banyak kali aku cakap " Ish, sesuka hati dia je peluk laki orang " 

Sebab tu novel cinta Melayu tak boleh diadaptasi jadi drama atau movie. Banyak maksiat yang akan jadi. Banyak sangat ! Tapi, masih lagi dapat rating tertinggi cerita macam tu . Satu cerita je dari novel ke drama yang aku tengok . Nora Elena . Tu pun tak tahu kenapa terjebak. Hihi. Mungkin sebab belum pernah baca novel tersebut .

Dengar cerita, Gemersik Kalbu baru habis kan ? Aku sempat tengok 5 minit terakhir je . Kihkih . Tu pun dekat part Ayu Raudhah main-mainkan Aqasha yang dia dah nak bersalin . Kesian Zaquan Adha . Dia yang tahan gugup nak lafaz nikah, Aqasha hanya sebab berlakon dah dapat kena peluk dengan Ayu Raudhah free.

Bukan laa aku sendiri tak pernah tengok tv . Kalau takde macam ni, memang bosan lah kan. Twilight pun aku layan je . Dari novel jugak . Tapi diorang matsaleh. Tak tahu agama Islam, halal dan haram , mahram dan bukan mahram . 

Tapi jugak, sebenarnya watak yang berlakon tak sama dengan watak dalam novel. Tak cukup kesempurnaan macam yang penulis tulis dalam novel. So, terang lagi bersuluh, manusia ni walau macam mana kacak dan cantik pun dia, hati belum tentu baik, belum tentu kaya, belum tentu romantik, belum tentu boleh jadi hamba yang taat. 

TAPI , kenapa novel thriller Ramlee Awang Mursyid tak ada yang nak adaptasi jadi movie sampai masuk panggung ? Kenapa kena novel cinta je ? Kenapa ? Kenapa ?





Cukup lah . Cukup jadikan novel sebagai drama ! Biarkan yang ditulis hanya menjadi sebuah penulisan. Rakyat Malaysia tahu membaca. Bukan mereka buta huruf sampai perlu diadaptasi menjadi tontonan visual. 

8 comments:

Fatin Nuraqila Zulhami said...

yang ni best

hijab4piz said...

sokong 100%!! ^_^
mmg sgt xsesuai...

faizah husna said...

meh ak na bwt novel la plak...kot2 cte ak satu ary nty buat filem.. hehe..^^

RIA said...

em husna , kalau buat tu jgn lupa bagi nama watak, nama aku. hehe :)

IM TYPING said...

sebab tu aku tak tgk ombak rindu tuu. HAAARROOOOMMMMM :DDD

RIA said...

HAAAROOOM tgk harun ajis dgn maya karinn.. :DD

Azek zk said...

sya setuju sgt. mereka ni kdg2 main bantai je tanpa thu hukum syariat.

syfu nural said...

yeap !tepat sekali .. x sesuai lgsung !!