About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Friday, March 23, 2012

Kehidupan Baru Bermula

Assalamualaikum :) 


Result SPM dah diumumkan. Macam tak percaya. Rasanya baru lepas gembira lepas jawab soalan PQS. Rasanya baru lepas rasa excited bila dah tak payah baca buku. Boleh online lama-lama. Boleh keluar jalan-jalan. Boleh pergi merantau jauh-jauh. Tapi, dalam sedar tak sedar.. dah tiga bulan berlalu.. Masuk kepada empat bulan. 

Lama kan kita cuti ? Cukup lama untuk kita merehatkan minda. Sampai satu ketika, jantung mula berdegup kencang, tangan mula seram sejuk, kaki dah payah untuk melangkah. Segala rasa bercampur. Takut melihat natijah SPM. Gembira kerana penantian berakhir. Suka berjumpa rakan taulan sahabat handai. Duka mengingati peristiwa lampau.


Tahniah . Mabrook . Congratulations to all '11 SPM Leavers . You have just finished one chapter in your life. But there's a lot more waiting for you. Don't be sad . La tahzan . You're not alone. Allah is with you . He is planning the best for you. 


Jangan sempitkan fikiran anda. Result yang bagus, tak dapat menjamin seseorang untuk hidup dengan gembira dan redha . Terlalu banyak jalan yang dibentangkan oleh Allah. Sebagai seorang hamba, kita perlu istikharah meminta petunjuk akan jalan mana yang perlu di ambil.


Jalan yang sama tidak semestinya sesuai untuk setiap orang. Setiap orang, lain jalannya. Lain kehidupannya. Lain liku-likunya. Ada yang lurus diawal, tetapi berliku di hadapan. Ada yang berliku-liku di awalnya, tetapi beransur lurus . Tetapi kesemua kita mempunyai pengakhiran yang menggembirakan. Sanggup menempuh pelbagai dugaan demi sebuah kebahagiaan. Jalan yang berbeza , tetapi mempunyai hala tuju yang sama. Iaitu sebuah taman yang tiada penyesalan. 


Jadikan SPM sebagai batu loncatan untuk kita terus melangkah dan terus berusaha untuk menempa kejayaan dalam apa jua bidang !


Hidup kita ni macam sebuah buku cerita. Setiap bab ada kisah tersendiri. Kadang kala tersenyum gembira, kadang kala menangis duka. Namun diakhir semua duka, pastinya adanya gembira. SPM cuma satu bab yang ringkas dalam cerita hidup kita. 

Fikirkan tentang masa depan, Result SPM masih boleh dibaiki, ketenangan boleh dicari, asalkan Allah sentiasa dihati :)


Saya minta pada Allah setangkai bunga yang segar. DIA bagi saya kaktus berduri. Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat bebulu. Saya sedih dan kecewa, namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat pun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah, indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi dia beri apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa tapi jauh di atas, segalanya DIA sedang mengaturkan yang TERBAIK dalam kehidupan kita . HE knows the best !





3 comments:

anNaqia said...

mabrook iman! semoga terus cemerlang. :)

ain nadzirah said...

spm sbg batu loncatan. betul.

semoga cemerlang lagi d peringkat seterusnye.

dan semoga Allah swt sentiasa kurniakan kamoo dgn kecemerlangan. :))

RIA said...

Syukran jazilan ! Amin . Terima kasih atas doa tu. Insya Allah , akan berjaya dengan izinNya :)