About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Sunday, May 6, 2012

Kenapa manusia perlu bersyukur ?

Assalamualaikum :)


Manusia ni diciptakan pelbagai ragam kan. Ada yang selalu bersyukur , ada yang kadang-kadang bersyukur, dan ada yang tak bersyukur pun. Sebab apa ? Sebab tu lah manusia. Mudah lupa diri.

Kalau tak dapat satu benda, mula merungut, mula kecewa, mula sakit hati. Tapi pernah kita hitung berapa banyak pulak nikmat yang kita dapat, yang orang lain tak dapat ?

Benda paling common untuk aku yang hidup sebagai pengganggur kelas atasan sebab lepasan SPM ialah.. 

Kenapa aku tak dapat straight A ? Kenapa aku dapat 9A 1 B ? Tu bagi yang tak dapat straight A. Tapi bersyukurlah. Banyak dah A awak dapat tu. Cuba tengok yang dapat 1 A je ? Cuba fikir , beruntung tak kita dapat banyak A macam tu ?

Kalau kita dapat straight A pulak.. Kenapa kita tak dapat straight A+ ? Kalau aku rajin sikit, kan boleh dapat straight A+ ? *ok , kadang-kadang aku pun tak bersyukur macam ni T_T* Ataupun , kenapa aku ada A- ? * ni sindiran untuk diri sendiri jugak T_T

Yang dapat shorlisted untuk scholarship.. Kenapa aku malas nak study ? * ya , ni aku lagi * Faham tak berapa ramai yang nak di-shortlisted-kan ? Kalau bagi peluang ni dekat diorang, sure diorang akan belajar bersungguh-sungguh. Ya Allah. Teruknya perangai aku T_T Sedih lagi.. huu

Aku sedang belajar untuk lebih bersyukur.. Bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Bersyukur dengan nikmat kesihatan * setelah aku sakit baru-baru ni.. tengok ! aku lupa diri lagi sebelum ni * Bersyukur dengan nikmat kedamaian , rezeki yang Allah beri, kegembiraan yang Allah pinjamkan. Allah bagi rezeki yang banyak.. InsyaAllah , rezeki yang Allah bagi akan aku gunakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah *sebab masa book fair banyak aku habis sebab beli novel. Ya Allah. Kenapa aku tak beli sesuatu untuk santapan rohani ? Sebab yang tahun lepas pun tak habis baca lagi. Huu. Teruknya perangai aku :(

Jom , jadi manusia yang lebih bersyukur . Jadi manusia yang tak mudah lupa diri . InsyaAllah. Dengan bimbingan dan ajaran yang betul , kita mampu ! :))


2 comments:

Syifa Zul said...

Baca ratna baca. 7 novel tuh.

RIA said...

dah habis baca :)