About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Saturday, May 12, 2012

Redha kepada Allah


Assalamualaikum :)

Saat aku menulis, memang aku sedang gembira. Memang aku sedang bersyukur dan sedang menghitung nikmat yang telah Allah kurniakan. Namun, sememangnya tidak terhitung segala nikmat tersebut. Tatkala ini, aku sedar setiap yang Allah tentukan, mempunyai hikmah yang besar. Mungkin hikmahnya tidak ditunjukkan dengan serta merta tapi tetap ada hikmahnya.

Dulu terlalu banyak persoalan KENAPA dan MENGAPA dalam fikiran ku..

Kenapa Allah tak beri apa yang aku minta ?
Mengapa Allah beri pada orang lain ?
Apa dosa aku sampai Allah tak makbulkan doa aku ?
Kenapa orang lain beruntung , kenapa aku tidak ?

Tapi, Allah dah lama menjawab segala persoalan aku

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216

Aku mula berusaha untuk menerima apa yang telah Allah tentukan untukku. Man propose, God dispose. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Aku yakin, satu hari nanti aku akan jumpa jawapannya. Aku akan sedar apa yang Allah rancang untukku adalah yang terbaik. Yang paling baik. Biarpun seluruh manusia mengatakan tidak, aku tetap yakin. Aku cuba tanam dalam diri, mulanya memang susah. Lama-lama, Allah berikan ketenangan padaku. Alhamdulillah.

Aku sedar, nikmat yang Allah berikan padaku terlalu banyak. Mengapa aku masih berani mempersoal tentang hajatku yang tidak dipenuhi sedangkan apa yang aku tidak minta juga diberi olehnya ?

Aku sedar, aku tidak minta oksigen dalam doaku namun Allah tetap berikan aku peluang untuk hirup udara setiap hari.
Aku sedar, aku jarang bersyukur pada Allah akan nikmat kesihatan tetapi Allah tetap berikan aku kesihatan yang baik sedangkan diluar sana, masih ramai hambaNya yang sakit.
Aku sedar, aku sering terlupa mengucapkan Alhamdulillah setelah membeli belah sedangkan masih ramai hambaNya yang berpakaian buruk diluar sana.

Tidak terhitung nikmatMu Ya Rabb.

Kini, aku sedar mengapa Allah tidak berikan apa yang aku minta. Kerana Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untukku. Sesuatu yang tidap pernah aku duga. Jika aku terlalai dahulu, pasti aku tidak akan sedar tentang hakikat yang satu ini.

Jika aku berkeras untuk tidak mempelajari Bahasa Arab satu masa dahulu, pasti aku tidak sedar bahawa ia merupakan satu kelebihan untukku.
Jika aku berkeras untuk tidak berpindah kelas, mungkin aku tidak sedar sesungguhnya Allah ingin memberikan aku sahabat-sahabat yang baik.
Jika aku berkeras untuk meninggalkan SMK Sungai Pusu, mungkin aku tidak sedar itulah sekolah yang membawa aku ke pentas kejayaan, mungkin aku tidak sedar disitulah aku mula membina keyakinan diri, kekuatan diri dan keazaman yang kukuh.
Jika aku bersedih dulu kerana ditinggal sahabat-sahabat yang ke sekolah berasrama, sekarang aku sedar kelebihan untukku di sekolah biasa.

Kerana disitulah takdir aku tertulis. Aku berada ditempat yang sepatutnya. Di tempat yang telah Allah janjikan kejayaanku.



Jika buat masa sekarang, ada rakan-rakanku yang bersedih kerana tidak memdapat tempat untuk ke IPTA. La tahzan. Aku menulis la tahzan dengan mudah bukan kerana aku tidak memahami situasi mereka, tapi aku ingin mengingatkan mereka supaya menjadi orang yang REDHA. Apabila menjadi orang yang Redha, percayalah , ketenangan jiwa akan dirasai. Berserah pada Allah. Setiap yang Allah tentukan ada sebabnya. Biarlah semua orang memandang kita rendah, tapi yakin dalam hati, inilah yang TERBAIK yang telah Allah takdirkan untuk kita. Mereka akan bersyukur satu hari nanti. Rezeki untuk setiap manusia itu ada, cuma cepat atau lambat.

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan pada kita tika ini

“Sesungguhnya jika kamu mensyukuri nikmatKu maka akan Kami tambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkarinya maka sesungguhnya siksaKu amat pedih”. (QS. Ibrahim : 7).

Allah telah sediakan pelangi untuk kita selepas hujan.
Allah telah jadikan rama-rama yang cantik sebagai pengganti ulat bulu.
Allah telah sediakan bunga yang cantik pada kaktus yang berduri.
Allah telah sediakan buah-buahan yang enak pada pokok yang tidak menarik.
Allah telah sediakan rezeki pada pohon getah yang berbau.

Ingatlah, jalan yang berliku pasti ada pengakhiran yang menggembirakan !




Spread the love, Maintain the ukhuwah :)

2 comments:

Syifa Zul said...

Dulu aku bersedih sbb kene pergi, tapi aku tau kau sentiasa ada di sisi :P
ratna layan perasaan.
konfem rindu aku.

RIA said...

woo.. suke suki je. kau la tu rindu aku :p