About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Tuesday, May 22, 2012

Temuduga Baitulmal MAIWP 2012

Assalamualaikum :)


Temuduga baitulmal MAIWP 2012
My experience.. Aku memang banyak pergi interview walaupun bidang yang aku tak minat sbenarnya.. Sebab pengalaman tu penting kata orang..

Maka, aku pun pergi dengan berbaju kurung berwarna oren putih ke bangunan daruzzakah. Interview bermula pada pukul 2 petang. Selepas solat zohor, aku dengan semangatnya masuk ke bilik interview.. There it goes.. 

Aku orang pertama yang datang , maka dengan automatiknya aku menjadi orang pertama yang akan ditemuduga walaupun nama aku berada di kedudukan terakhir mengikut abjad. Well, nama I kan start from letter R. 

Aku jeling bilik interview.. Dikelilingi cermin, jadi orang luar akan nampak aku.. Aku tengok meja.. Besar. Aku tengok kerusi, ada empat. Jadi aku assume , aku akan ditemuduga oleh empat orang. Tunggu punya tunggu. Aku malas nak takut-takut sangat. Buat diri sendiri cuak je, buat apa. Cuak jugak sebenarnya sebab aku tengok orang lain macam praktis bercakap. Pada aku, bercakap je. Bukan suruh aku menyanyi... kalau menyanyi, konfem aku fail.

Masa terus berlalu.. dan berlalu.. dan berlalu.. 

Datanglah panel-panel tersebut.. 2 lelaki dan 2 perempuan. 

Aku dipanggil masuk oleh kakak yang comel.

Aku ambil fail-fail sijil. Aku senyum. Aku langkah penuh sopan. Aku tolak pintu. Aku senyum lagi. Aku ucapkan assalamualaikum + senyum selebarnya. *main point disini ialah senyum ye. hehe

Aku duduk dan letak fail sijil atas meja. Interview bemula..

Aku di tanya beberapa soalan. Contohnya, nama, alamat, nama ayah, kerja ayah. Kemudian panel kata, okay, terangkan diri sendiri. Kita nak warming up dulu. Kita santai-santai je ye. Aku pun oke je. Brief explanation about myself.

Kemudian sesi soal jawab bermula.... antara soalannya, 

Boleh baca surah al-fatihah ?
Kenapa pilih ke timur tengah ? *masa ni bagi jawapan yang betul kalau tak dia akan jadi critical thinking question sebab panel akan persoalkan balik sebab anda tu
Kenapa pilih bidang farmasi ? 
Apa rukun Islam dan rukun Iman ?
Siapa menteri yang mengetuai Baitulmal ?
Boleh terangkan asnaf zakat ?
Kenapa orang persoalkan , zakat yang tak diberi pada ibu tunggal dan anak yatim ? *mereka tak terdiri dari asnaf zakat, jadi tak perlu bagi. Melainkan mereka termasuk dalam golongan asnaf seperti fakir dan miskin
Kenapa media massa dan masyarakat mengatakan baitulmal tidak buat kerja ? Zakat seperti tak diberi, ramai yang masih tinggal bawah jambatan *think wisely

Itu la sedikit sebanyak soalan yang masih diingati setelah sebulan lebih interview . Alhamdulillah. Saya ditawarkan biasiswa tersebut. Tapi, macam-macam perkara yang terjadi yang membuatkan saya stress. Sekian terima kasih :)



10 comments:

pelangiindah said...

Temuduga die bm ke bi?

RIA said...

temuduga dia inshaAllah dalam bm je. Semua relax je :) Make sure do your homework !

pelangiindah said...

Temuduga ni dalam bi atau bm?

Nadhirah Izzati binti Saidin said...

Tanx a lot! Allah bless u..

Nadhirah Izzati binti Saidin said...

Tanx a lot!! Allah bless u..

Anonymous said...

saya nk tanye, die ade tnye x, pandai bhasa arab ke? atau die check tajwid @ surah2 hafazan yg simple2 tuu?

RIA said...

Dia akan minta brief explaination pasal diri sendiri. Test arab inshaAllah tiada. Surah tu akan dibetulkan kalau salah baca :)

pelangiindah said...

boleh saya tahu jawapan untuk soalan yang terakhir tu

Syafeqa Piqa said...

Assalamualaikum, kak. Nak tanya. Yg pasal surah tu dia just tanya surah al fatihah je ke or random? And memang akak ambik scholarship for oversea ehh? Bukan dlm negara kan?

RIA said...

Mungkin random and inshaAllah soalan simple. Ikut pada panel yg interview kita.. and scholarship ni mmg untuk oversea :)