About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Tuesday, August 7, 2012

Sedekah dan Infak

Assalamualaikum :)


Memandangkan masih dalam bulan ramadhan, ada perkara yang masih boleh dikongsikan bersama ^^,
Bulan ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan barakah, rahmat dan maghfirah. Salah satu perkara untuk tambahkan amalan masa bulan ramadhan ialah sedekah.

Pernah terfikir berapa banyak amal jariah dan sedekah yang kita dah lakukan ? 
Pernah terfikir berapa banyak hak orang lain yang belum kita tunaikan ?
Dalam setiap rezeki yang kita dapat, bukan sepenuhnya hak kita. Masih ada hak orang lain yang belum kita beri.

Kadang kala, kita tertanya-tanya. Kenapa Allah tak beri apa yang kita minta? Sedar tak yang kita sendiri belum beri hak orang lain. Macam mana pulak Allah nak beri hak kita ? 

Kadang kala tu, Allah dah datangkan orang yang kita belum beri hak mereka di depan mata tanpa perlu kita cari. Tapi kita selalu tak sedar. Contohnya, di stesyen minyak. Ada beberapa orang yang beri salam, minta derma untuk anak-anak yatim. Tapi kita ? Dalam hati terdetik, ni semua budak-budak sindiket. Jadi, kita tak nak tolong sindiket tu, kita tak bagi. Tapi, yang penting ialah niat kita. Soal sindiket atau tak, tu lain kira. Yang penting, kita ikhlas atau tak nak bagi derma. Allah dah bagi peluang pada kita untuk dapat pahala tanpa perlu kita cari. Kenapa kita tolak ?

Cuba lah sempurnakan hak orang lain, InsyaAllah kita akan dapat hak kita. Allah akan murahkan rezeki kita lebih dari apa yang kita beri. Allah kan Maha Pemurah :D

Aku teringat situasi di Jakarta dulu. Malam-malam memang penuh dengan pengemis. Kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan penuh nikmat ni memang takut untuk jalan. Terlalu ramai. Pada mula memang tak nafikan, aku pun terfikir, Pergilah kerja. Kenapa perlu minta duit dekat orang lain. Tapi, situasi mereka dan kita tak sama. Rakyat mereka terlalu ramai. Sangat-sangat ramai. Jurang pendapatan antara pekerja buruh dan pekerja profesional sangat besar. Orang kata, yang kaya jadi semakin kaya. Yang miskin jadi makin miskin. * Ni pak syarif yang kata- he is our van driver during our trip to bandung * 

Gaji orang biasa tak sampai 2 juta rupiah sebulan. Dalam 600 lebih duit malaysia. Sedangkan kat malaysia gaji basic untuk lepasan SPM pun rm900. Belum masuk commission and etc etc lagi. Disebabkan terlalu ramai rakyat, kerja pun dah tak ada. Mereka terpaksa mengemis untuk dapat duit. Kerja dah tak ada yang boleh dibuat untuk dapatkan duit. Mereka memang terdesak. Tapi ni lah peluang untuk mereka yang kaya sempurnakan hak orang lain yang lebih memerlukan.

Bersyukur dengan kehidupan kita yang lebih baik ni dan usaha untuk sempurnakan hak orang lain. Moga rezeki kita lebih luas dan lebih murah. Amin. Biiznillah :D

Spread the love <3 :)


No comments: