About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Friday, July 19, 2013

I've been thinking a lot

Assalamualaikum :)

Truly. I've been thinking a lot lately. Mungkin sebab tetiba baru termuhasabah diri, for these 19 years living in the world, apa sumbangan yang aku dah buat. Apa matlamat hidup aku. Apa aku nak jadi lepas grad. Apa tujuan hidup aku. Apa yang akan jadi pada aku hari esok. Apa amal aku hari ini.

Membaca kisah hidup orang kadangkala memang membuatkan diri sendiri cemburu. Kenapa hidup aku tak macam dia. Tapi, Allah pasti buat hidup aku bahagia dengan jalan cerita sendiri. Jalan cerita yang unik.

Allah buat kita berbeza. Tiap kita tak ada yang sama. Iman kita pun berbeza. Allah nampakkan kita baik pada pandangan orang sebab Allah tutup aib kita. Allah nampakkan seseorang itu jahat dan teruk pada pandangan kita sebab kita tahu keaiban dia.

Dan

Bulan ini ramadhan.

Ramadhan yang inshAllah akan membuat kita semua berubah menjadi yang lebih baik. Kita umat Nabi Muhammad. Umat yang paling disayangi. Pray for Egypt. Pray for Malaysia. Moga Islam tertegak semula.

Dan hari ini

Merupakan ulangtahun ke 13 Humaira Zafirah.
Moga dia menjadi anak yang baik, tinggi imannya, sabar hatinya, lembut pertuturan dan budi bahasanya.

Dan hari ini juga
Merupakan ulangtahun ke 19 Dayana Fitreen.
Moga dia juga menjadi wanita yang solehah, tinggi imannya, lembut budi bicara dan dikurniakan pasangan yang berakhlak, beriman dan mampu menjaganya. InshaAllah.

Akhirnya hari ini
Menjadi titik permulaan aku untuk terus istiqamah dalam mengejar Cinta hakiki. Telah aku tinggalkan semua yang sering menjadi punca hati aku berpatah balik . Wahai Allah pembolak balik hati, Tetapkan hatiku! Bantulah aku. Bantulah umat Islam.

Moga Allah berikan keamanan di Mesir. Bumi Barakah. Negara Tarbiah. Rugilah sesiapa yang masih lalai dengan kehidupan walaupun berpeluang tinggal di bumi yang disebut di dalam Al-Quran. Peringatan untuk diri sendiri juga. Kerana Aku manusia lemah. Nafsu aku seting menginginkan duniawi. Permudahkan urusan pembelajaran kami di bumi kuda putih, Zagazig, Mesir. InshaAllah.

Lots of Love from Malaysia :) <3

No comments: