About Me

Proud to be Muslim. Proud to be the chosen one. Well, all of us are the chosen one by Allah. Waiting for the signs to show up and heals my heart. Pray for me. May Allah bless you :) follow @riamohamad

Wednesday, September 25, 2013

Dilema Pelajar Malaysia di Mesir

Assalamualaikum :)


Dilema pelajar Malaysia di Mesir bermula ketika MKN menghalang pelajar untuk pulang semula menyambung pengajian di Mesir.

Pelajar tajaan bimbang pengajian yang berbaki di Mesir terpaksa dilupakan ekoran pihak penaja membuat 
keputusan untuk tidak menghantar pulang pelajar tajaan mereka semula ke Mesir.

Sebagai seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir --lebih spesifik di kampung Dr Morsi (Zagazig), saya turut risau. Risau dengan pelbagai masalah. Tapi mungkin fenomena ini tidak aneh dikalangan pelajar. Jika ditanya pelajar Mesir kata mereka " Saya nak balik. InshaAllah mesir akan pulih"

Tanya mereka, apa kesusahan yang mereka hadapi di sana. Berhadapan dengan perangai Arab yang pelbagai. Facilities yang sangat sangat sangat jauh dibandingkan dengan Malaysia. Penuh debu. Urusan lambat. Melihat putar belit keputusan arab. Allah. Di Malaysia ini semua tidak ada. Semua diuruskan secara professional.

Tapi di negara penuh debu itu. Ia mengajar kami erti Sabar. Erti tabah. erti Redha. Ukhuwah di sana berbeza dengan di sini. Di Malaysia lain rasanya. Sangat lain. Sukar saya gambarkan. Hanya mereka yang pernah di sana tahu bezanya. 

Saya melihat pergaduhan arab. Saya lihat mereka berbaik semula. Saya melihat mama-mama arab yang tersenyum menyapa kami. Saya sedar kewujudan baba-baba yang berusaha lindungi kami. Saya pernah ditipu.

Elektrik disana sering terputus. Kami geram. Ketika itu musim exam. Membaca buku dalam keadaan gelap. Payah. Kami mengeluh. Tapi kami tetap rindukan mesir. Entah.

Kalau disenarai buruknya Mesir, baiknya mesir juga boleh disenaraikan.

Tapi ahli keluarga menyuruh saya sambung di Malaysia. Kata mereka, di sini lebih bagus. Lebih terjamin status pembelajaran. Lebih terjamin keselamatan. Saya redha. Saya serahkan semua pada Allah. Yakin ada hikmah yang lebih besar yang tersembunyi. Dia beri saya peluang. Rasai suasana mesir. Berdikari di bumi asing. Melihat keadaan mesir. Alhamdulillah. Aku masih bersyukur diberi kesempatan ini.

Keputusan terakhir belum ada. Sama ada di Malaysia atau di Mesir. Doakan Saya. Moga Allah permudahkan urusan :)

No comments: